Thursday, December 10, 2009

Untuk Renungan

Anak Kecil dan Seketul Batu
KISAH ANAK KECIL DAN SEKETUL BATU :Seorang ekskutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya. Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapiseketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi : "Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada di sini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit ekskutif tersebut. Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; " Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya. Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.Tak dapat digambarkan dengan perkataan , ekskutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya. Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
PengajaranAllah tidak menjanjikan hidup ini t idak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasakesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home