Sayonara Kemas 06
Setelah hampir empat tahun bersama-sama mengejar ilmu, kini perjuangan mereka telah sampai ke penghujungnya. Mengajar mereka ilmu kepanduan merupakan sesuatu yang menarik. Apa taknya, kebanyakannya emak-emak orang, terpaksa berkawad, berkhemah, masak cara hutan, membuat gadjet dan seumpamanya, dapat mereka lakukan dengan baik. Cuma sayangnya ilmu kepanduan ini tidak dapat mereka aplikasikan sepenuhnya kerana anak-anak didik mereka di tadika tiada unit beruniform.
Saya menganggap semua kadet Kemas 06 ini sebagai kawan-kawan, mudah berbicara dan mudah juga menerima teguran. Setiap aktiviti dilaksanakan dengan penuh komitmen dan saling bekerjasama. Kepada kalian Selamat Maju Jaya.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home