Saturday, December 5, 2009

Madah Untuk Cikgu Ilham


Madah Anak Didikmu
(Khas buat Cikgu Hj. Ilham Ismail)

Cikgu,
Mengenalimu rasanya setahun jagung
Mengenalimu rasanya baru semalam
Kini cikgu telah melangkah pergi

Ingin kucoretkan di sini
cikgu umpama pelukis rohani
Mencalit warna-warna takwa dalam diri
Cikgu umpama penyair emosi
Menjalin perasaan penyejuk jiwa
Cikgu umpama pendendang intelek
Pemikir yang tak jemu-jemu mendendangkan warisan ilmu.

Tak dapatku lupakan budimu
Tak dapatku catatkan baktimu
Takdapat ku balas jasamu
Tak dapatku kisahkan pengorbananmu

Terima kasih kerana ilmumu
Terima kasih kerana tunjuk ajarmu
Terima kasih kerana didikanmu
Terima kasih kerana kata nasihatmu
Terima kasih kerana kau guruku

Maafkan andainya terkasar bahasa
Maafkan andainya terkhilaf kata
Maafkan andainya hati terasa
Maafkan andainya perasaan terluka

Cikgu,
Langkahmu masih terlalu panjang
Kutiplah semangat di sepanjang titian
Agar rantai mutiara bisa cikgu kalungkan
Di dada zaman

Kini kaki cikgu melangkah pergi
Namun jejak cikgu ada di mana-mana
Buah amalmu ranum di pohonnya
Langkah cikgu kuiring dengan doa
Menimbulkan rasa rindu di hati
Menimbulkan rasa sendu di jiwa
Jasa cikgu dalam ingatan
Tingginya menyapu awan
Antara terima kasih dan rasa kehilangan.

Kenangan bersamamu guruku
Akan kupungut
Akan kukutip
Akan kusimpan dalam lipatan sanubari
Sehingga
Ada damai menggamit
Ada bahagia berbunga
Terima kasih cikgu
Dikau abadi dalam kenangan

Nukilan : Hajah Amanah Mohd Noor
JPM / 23 Okt 2008

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home