Wednesday, July 6, 2011

Izzah Athirah Tempatmu di Syurga

Sekali lagi jiwaku luluh bila mendengar berita kawan Auni pula kembali kepada Yang Esa, juga agak tragis.
Adibah masih sentiasa dalam pandangan, kini Izzah Athirah pula terbayang-bayang di mata. Moga Allah tempatkan roh kalian dalam Firdaus-Nya.

Budak 10 tahun lemas dalam kereta


Oleh Ifwan Tun Tuah
ifwan@bharian.com.my
2011/07/07

Mangsa cari kasut terperangkap lebih 6 jam

SEREMBAN: Hancur luluh hati seorang ibu apabila melihat anak perempuannya berusia 10 tahun yang ditinggalkan dalam kereta sebelum dia bergegas masuk ke kelas untuk mengajar di Sekolah Rendah Islam ABIM di sini, maut dipercayai lemas terperangkap dalam kenderaan itu selama enam setengah jam, petang semalam. Mangsa, Izzah Athirah Mohd Khir yang belajar di sekolah sama, ditemui ibunya, Haliza Talib, 44, terkulai dalam kereta PERODUA Alza yang diletakkan di pekarangan sekolah itu kira-kira jam 2 petang. Terdahulu, kira-kira jam 7.30 pagi, Izzah Athirah dikatakan enggan keluar dari kereta bersama ibu serta tiga beradiknya yang lain untuk masuk ke sekolah kerana mahu mencari kasutnya dalam kereta itu.

Bapa mangsa, Mohd Khir Abd Majid, 45, yang juga Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Rembau, berkata disebabkan mahu cepat, isterinya meninggalkan kunci kereta kepada mangsa sebelum beredar.

“Kami tidak tahu mengapa Izzah Athirah tidak keluar dari kereta itu kerana dia sudah biasa dengan kenderaan berkenaan.

“Kejadian disedari ketika isteri pergi ke kereta selepas habis waktu sekolah dan melihatnya terkulai tidak sedarkan diri dalam kereta dan tingkapnya bertutup.

“Isteri saya menghubungi ambulans dan dia dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HTJS di sini, semalam.

Mohd Khir yang berada di Port Dickson ketika kejadian itu kerana menghadiri mesyuarat, hanya mengetahui mengenainya selepas dihubungi rakannya jam 3.30 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

“Kita masih di peringkat awal siasatan dan menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian dan bagaimana dia boleh terperangkap,” katanya yang tidak menolak kemungkinan mengklasifikasikan semula kes itu.

Pada 22 Mei lalu, seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat di Kelantan.

Dalam kejadian itu, Nur Izyan Natasya @Aisyah Ishak dikatakan tertinggal di dalam kereta ketika bapanya tergesa-gesa untuk mengusung jenazah kerana menyangkakan dia sudah turun untuk ke rumah sepupunya itu.

Friday, July 1, 2011

Pemergian Adibah

Sudah lama blog ini tidak dicoret tetapi pemergian Adibah ke sisi Allah pukul tiga pagi tadi setelah koma akibat kemalangan kereta petang semalam membuatkan jejariku ringan mencoret coretan ini untuk tatapan dan ingatanku dan teman-teman.

Masih segar dalam ingatanku bagaimana petang semalam aku sembat bergurau dengannya apabila ia terlupa header untuk RPS BM 11 yang disediakannya. Apabila ia bertanya lantas aku mengatakan Lam 05 dan Adibah menjawab oh...05 1 abc tu ye..! Yo itulah, aku menjawab..beliau kemudian berlalu. Itulah guruan terakhir kami sehinggalah pada waktu Maghribnya Dr. K menghantar sms mengatakan Adibah koma pendarahan otak di bilik kecemasan HTJ, sila melawat. Oleh kerana kekangan keadaan aku tak dapat menziarahinya, cuma mampu berdoa agar sahabatku ini selamat. KJ juga turut menelefon memohon agar kami mendoakan Adibah...memang itu yang aku lakukan...aku mohon agar Allah menyelamatkan Adibah kerana aku tahu keluarga terutama anak-anaknya amat memerlukan kasih sayangnya. Namun Allah lebih menyayangi Adibah kerana itulah Adibah kembali ke sisi pencipta-Nya jam tiga pagi.

Sakit dadaku dan kering tekakku menahan sebak apabila membaca sms yang dihantar Dr. K dan Manis tentang pemergian Adibah. Lantas terbayang di mataku pertemua pertama aku dengannya di lobi pejabat, seterusnya aku menjadi mentornya, membimbingnya sebagai pensyarah baru. Adibah begitu komited dalam apa sahaja tugas yang diberi kepadanya. Masih aku terbayang semasa kami sama-sama menceritakan tentang anak masing-masing sewaktu lepas solat zuhur di surau PKG Tg. Ipoh. Begitu sabarnya ia mendidik anak istimewanya sehingga boleh berdikiari dan ingin memenuhi hasrat anaknya untuk berdoa di depan Kaabah.  Aku juga teringat kembali bagaimana ikhlasnya Adibah membantuku semasa keretaku tidak dapat dihidupkan kerana bateri lemah. Adibah segera menelefon suaminya meminta pandangan. Adibah menghantarku ke kedai bateri di Megaway seperti yang disarankan oleh suaminya. Adibah juga menunggu sehingga bateri diganti dan injin keretaku hidup kembali. Setelah selesai semuanya barulah Adibah pulag ke rumahnya...Adibah memberitahuku suaminya berpesan jangan tinggalkan Kak Amanah selagi injin keretanya tak hidup. Oh..Adibah betapa mulianya hatimu.



Ya Allah, aku mengasihi sahabatku ini, Kau tempatkanlah ia dalam kalangan orang-orang beriman dan letakkan ia di syurga Firdaus-Mu. Amin.