Pemergian Adibah
Sudah lama blog ini tidak dicoret tetapi pemergian Adibah ke sisi Allah pukul tiga pagi tadi setelah koma akibat kemalangan kereta petang semalam membuatkan jejariku ringan mencoret coretan ini untuk tatapan dan ingatanku dan teman-teman.
Masih segar dalam ingatanku bagaimana petang semalam aku sembat bergurau dengannya apabila ia terlupa header untuk RPS BM 11 yang disediakannya. Apabila ia bertanya lantas aku mengatakan Lam 05 dan Adibah menjawab oh...05 1 abc tu ye..! Yo itulah, aku menjawab..beliau kemudian berlalu. Itulah guruan terakhir kami sehinggalah pada waktu Maghribnya Dr. K menghantar sms mengatakan Adibah koma pendarahan otak di bilik kecemasan HTJ, sila melawat. Oleh kerana kekangan keadaan aku tak dapat menziarahinya, cuma mampu berdoa agar sahabatku ini selamat. KJ juga turut menelefon memohon agar kami mendoakan Adibah...memang itu yang aku lakukan...aku mohon agar Allah menyelamatkan Adibah kerana aku tahu keluarga terutama anak-anaknya amat memerlukan kasih sayangnya. Namun Allah lebih menyayangi Adibah kerana itulah Adibah kembali ke sisi pencipta-Nya jam tiga pagi.
Sakit dadaku dan kering tekakku menahan sebak apabila membaca sms yang dihantar Dr. K dan Manis tentang pemergian Adibah. Lantas terbayang di mataku pertemua pertama aku dengannya di lobi pejabat, seterusnya aku menjadi mentornya, membimbingnya sebagai pensyarah baru. Adibah begitu komited dalam apa sahaja tugas yang diberi kepadanya. Masih aku terbayang semasa kami sama-sama menceritakan tentang anak masing-masing sewaktu lepas solat zuhur di surau PKG Tg. Ipoh. Begitu sabarnya ia mendidik anak istimewanya sehingga boleh berdikiari dan ingin memenuhi hasrat anaknya untuk berdoa di depan Kaabah. Aku juga teringat kembali bagaimana ikhlasnya Adibah membantuku semasa keretaku tidak dapat dihidupkan kerana bateri lemah. Adibah segera menelefon suaminya meminta pandangan. Adibah menghantarku ke kedai bateri di Megaway seperti yang disarankan oleh suaminya. Adibah juga menunggu sehingga bateri diganti dan injin keretaku hidup kembali. Setelah selesai semuanya barulah Adibah pulag ke rumahnya...Adibah memberitahuku suaminya berpesan jangan tinggalkan Kak Amanah selagi injin keretanya tak hidup. Oh..Adibah betapa mulianya hatimu.
Ya Allah, aku mengasihi sahabatku ini, Kau tempatkanlah ia dalam kalangan orang-orang beriman dan letakkan ia di syurga Firdaus-Mu. Amin.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home